
BINTANG SERI PAHLAWAN GAGAH PERKASA (SP)
Bintang Kehormat Seri Pahlawan Gagah Perkasa (SP) ini adalah yang tertinggi sekali dan paling kanan dalam senarai keutamaan Anugerah Persekutuan. Ia dizahirkan pada 29 Julai 1960 dan diwartakan pada 11 Ogos 1960. Anugerah ini boleh dikurniakan kepada sesiapa jua yang telah menunjukkan keberanian luar biasa atau telah melakukan sesuatu dengan gagah berani dan penuh pengorbanan.
Anugerah ini boleh dikurniakan kepada mereka yang telah meninggal dunia. Bintang penghormatan ini berbentuk bulan sabit yang diterapkan di atasnya dengan perkataan "Gagah Perkasa". Dalam lingkungan bulan sabit, terdapat bintang pecah empat belas dan pencengkam yang berukir. Bintang ini pada keseluruhannya diperbuat daripada perak yang disangkut pada reben 1 inci lebar berwarna kuning diraja dan bertepikan jalur merah seperlapan inci lebarnya.
Senarai Penerima Pingat
|