Menu Utama Profile Galeri Tokoh Penerbitan Perkhidmatan 200 Tahun Rancangan
  Muzium PDRM Bukit Kepong | Muzium PDRM Sabah & Sarawak   Melayu | English  
 


RANCANGAN MASA HADAPAN
MUZIUM POLIS DIRAJA MALAYSIA

PENUBUHAN MUZIUM PDRM BUKIT KEPONG.

Cadangan untuk mewujudkan Muzium PDRM Bukit Kepong adalah bagi mengingati jasa dan perjuangan wira-wira negara kita. Perjuangan dan pengorbanan murni mereka akan diabadikan untuk menjadi contoh tauladan dan iktibar kepada seluruh masyarakat Malaysia khususnya kepada generasi akan datang.

Selain berfungsi sebagai pusat pameran dan ilmu, Muzium PDRM Bukit Kepong juga akan menjadi sebagai pusat pelancongan dan komersial. Ini adalah kerana setiap pendapatan dari tujuan ini dapat disalurkan kepada pengurusan dan penyelenggaraan muzium tersebut.

Pembangunan sedia ada akan dibaik pulih dan dinaik taraf untuk dijadikan tempat pameran bermusim dan gerai-gerai. Bangunan replika Balai Polis Bukit Kepong sebelum atau semasa peristiwa serangan komunis akan dibina di tapak asal untuk mewujudkan kesan sebenar peristiwa bersejarah tersebut.

PENUBUHAN MUZIUM PDRM SABAH DAN SARAWAK

Muzium PDRM bercadang untuk membina lagi Muzium PDRM di Negeri Sabah dan Sarawak untuk jangka masa yang akan datang. Sejajar dengan perkembangan Pasukan Polis Sabah dan Pasukan Polis Sarawak akan diabadikan di dalam muzium yang akan dibina kelak untuk tatapan generasi yang akan datang.

     
 

Selamat Datang ke
Laman Web Rasmi
Muzium PDRM
Disediakan Oleh:
Unit Multimedia

Pengumuman!
Muzium PDRM akan menyambut ulangtahun ke-11 penubuhannya
iaitu pada 24 Julai 2010

 
 
 
 
       
 



Alamat:
Muzium PDRM
No.5 Jalan Perdana
50480 Kuala Lumpur

No. Tel:
603-22725689/90
603-22734740
Fax:
603-22737850

Email:
muziumpolis@yahoo.com

 

Profile | Galeri | Tokoh | Penerbitan | Perkhidmatan | 200 Tahun | Rancangan