Menu Utama Profile Galeri Tokoh Penerbitan Perkhidmatan 200 Tahun Rancangan
      Melayu | English  
 

PENGENALAN
MUZIUM POLIS DIRAJA MALAYSIA

Muzium PDRM menjadi lambang pencapaian dan kemegahan PDRM hari ini. Ia mempamerkan koleksi artifak dan maklumat sejarah perkembangan institusi polis di Malaysia. Koleksi artifak dan maklumat bersejarah ini dipamerkan di dalam dan di persekitaran Muzium PDRM yang baru di Jalan Perdana, Kuala Lumpur dengan menggunakan teknik multimedia terkini.

Perjalanan pertama pelawat ke Muzium Polis PDRM dimulakan dengan persembahan Audio Visual Sejarah Awal polis di Panggung Satu. Persembahan ini turut mengimbas kembali fungsi kepolisan sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka, Portugis, Belanda, British, Jepun dan Tanah Melayu sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan. Perkembangan pakaian seragam polis dan artifak bersejarah turut dipamerkan.

Koleksi senjata yang digunakan oleh PDRM & juga yang dirampas dipamerkan di dalam Sudut Senjata. Koleksi anugerah yang diperolehi oleh anggota polis turut dipamerkan, Pingat-pingat seperti Pingat Seri Pahlawan Gagah Perkasa, Pingat Gagah Berani, Service Medal dan King's Police Medal turut dipamerkan. Perjuangan dan pengorbanan anggota polis dan kerjasama masyarakat tempatan turut diberikan perhatian dalam Era Darurat dan Tragedi Bukit Kepong. Persembahan Audio Visual memberikan gambaran sebenar kekuatan semangat dan kecekalan anggota polis ketika menentang ancaman komunis dan konfrantasi. PDRM merupakan institusi yang bersedia menangani pelbagai isu di era globalisasi dan ledakan Teknologi Maklumat (IT) menjelang alaf baru dipamerkan menerusi persembahan Audio Visual.

     
 

Selamat Datang ke
Laman Web Rasmi
Muzium PDRM
Disediakan Oleh:
Unit Multimedia

 
 
 
 
       
 

Alamat:
Muzium PDRM
No.5 Jalan Perdana
50480 Kuala Lumpur

No. Tel:
603-22725689/90
603-22734740
Fax:
603-22737850

Email:
muziumpolis@yahoo.com

Jumlah Pelawat
Jumlah Pelawat Sejak Mac 2008

 

Profile | Galeri | Tokoh | Penerbitan | Perkhidmatan | 200 Tahun | Rancangan